KEPELIKKAN YANG DILAKUKKAN OLEH PEMIMPIN PAS - TETAP DIRESTUI OLEH AHLI PAS

>> Wednesday, August 19, 2009


PERKARA YANG PELIK PAS LAKUKAN DAN PERLU DIKETAHUI UMUM!!!!

  • Bila ADUN BN lompat parti ke PR, dikatakan HALAL... tapi bila mana ADUN PR lompat parti BN, HARAM la pulak (Berlaku di negeri Perak).
  • Bila Mufti Perak sokong PAS, dikatakan ULAMAK TERBILANG... tapi bila kena PAS kena tegur oleh Mufti, kena maki hamun pula....
  • Bila menang pilihan raya, puji SPR. Bila Kalah dengan SPR sekali kena Maki Hamun...
  • Bila ADUN BN buat perbuatan tidak bermoral, kutuk habis-habisan. Bila ADUN PR yang buat disuruh berehat saja (Elizabeth Wong).
  • Masa perintah Perak, cakap Raja Perak palingt adil. Tapi bila dah hilang kuasa, tuduh Raja Perak macam-macam.
  • Sebelum berkuasa, beria-ia hendak laksana hudud. Lepas dapat kuasa, cakap hudud tak wajib.
  • Bila UMNO kata hudud sukar dilaksana, caci-maki-kafirkan habis-habisan. Bila DAP kata langkah mayat saya dahulu, PAS kata baiklah "Kami Dengar dan Taat".
  • Bila orang luar hina nabi berarak satu KL, bila Raja Petra Kamarudin (RPK) hina nabi, senyap membisu (mungkin orang PAS lebih sayangkan RPK dari nabi).
  • Bila kerajaan naikkan harga minyak, marah menggila, bila kerajaan turunkan harga minyak, cakap itu hanya muslihat politik.
  • Bila Pak Lah kata nak teruskan jambatan Bengkok, kutuk Pak Lah sebab jadi patung Mahathir. Bila Pak Lah batalkan, pun kutuk Pak Lah tidak dengar cakap Mahathir.
  • Masa Pak Lah PM, desak Pak Lah undur. Bila Pak Lah nak undur ganti Najib, Hadi kata Pak Lah tak payah undur pulak.
  • Bila PR buat demonstrasi, itu demokrasi. Bila BN buat demontrasi , gesa polis ambil tindakan.
  • Bila menang pilihan raya, itu namanya demokrasi. Bila kalah, ada pengundi hantu.
  • Bila Kelantan mundur, salahkan Kerajaan Pusat. Bila negara maju, itu hasil sumbangan Anwar ke luar negara cari pelaburan tak langsung.
  • Bila bersendirian bertakbir, sekarang bila berdua dengan DAP berTAKE BEER! (di Selangor boleh jual arak di kawasan majoriti umat Islam).
  • Bila mulakan ceramah, baca bismillah puji nabi. Masa tengah ceramah, habis semua yang berbeza pandangan di maki-hamun.
  • Bila orang UMNO baca Al-Quran dituduh hipokrit, bila orang DAP baca Al-Quran (di DUN Perak) dipuji melangit.
  • Bila UMNO (parti orang Islam) ajak berdamai kata pergi jahanam, bila DAP ajak bersatu kata setuju (biarpun terpaksa gadai prinsip).
  • Bila Beng Hock mati tuduh kerajaan zalim, bila kerajaan tubuh inkues pula kata kerajaan ada konspirasi.
  • Kalau Anwar bersumpah dengan nama Allah, benarlah Anwar, tapi kalau Saiful Bukhari bersumpah, dustalah kata-katanya dan boleh dimaki hamun secukup-cukupnya. Bahkan akan bersumpah Raja Petra lebih dieprcayai daripada sumpah laknat Saiful Bukhari.
  • Kalau Anwar tak berani bersumpah, itu pun satu kebenaran tapi bayangkan kalau Saiful yang tak berani bersumpah, confirm dimaki habis-habisan.
  • Bila UMNO tak laksana hudud disebabkan faktor ketidaksesuaian, PAS maki ramai-ramai. Tapi bila Azizan Razak kata hudud bukan keutamaan di Kedah, PAS kata itu ijtihad murni
  • Orang Islam BERSAUDARA tapi Nik Aziz Lancar Perang ke ATAS UMNO (ISLAM) dan bersahabat baik dengan DAP.
  • Allah s.w.t sahaja yang berhak menentukan syurga kepada umatnya. Tapi kenyataan Nik Aziz lantang menyuarakan penyokong UMNO ahli neraka.

Nukilan : M.Harzi

Read more...

Pengkhianat Bangsa Melayu


Read more...

Sape Tunggang Sape (SURVIVAL POLITK PAKATAN RAKYAT)

Jika ini menjadi realiti ape pula kedudukan HADI sebagai pemimpin PAS.... sanggup ke jadi KUDA tunggangan individu yang cukup mempunyai KEPENTINGAN DIRI dalam POLITIK MALAYSIA....

Read more...

Siapa Berhak Ke Atas Kerusi N. 11 Permatang Pasir

Perlawanan Satu lawan Satu menjadikan kerusi N.11 Permatang Pasir antara kerusi yang hangat di pasaran. Gambar di atas diambil selepas penamaan calon antara calon Pas, Mohd Salleh Man dan calon BN Rohaizat Othman.


Gambar di atas cukup memberi 1000 makna kepada rakyat Malaysia baik penyokong mahupun ahli parti masing-masing. Sejauh mana perlawanan antara dua pihak KITA TETAP BERSAUDARA. Cubit paha kiri, paha kanan pun terasa. Bagai aur dengan tebing. Cukup indah peribahasa Melayu kerana sememangnya kita ORANG MELAYU yang kaya dengan BUDAYA dan SOPAN SANTUN...

Meh kita lihat pula BIODATA calon kedua-dua parti:-

CALON BN

NAMA : ROHAIZAT OTHMAN
UMUR : 38 TAHUN
ASAL : MENGKUANG TITI, PERMATANG PAUH

PEKERJAAN ;

AHLI PERNIAGAAN & PENASIHAT UNDANG-UNDANG SYARIE

PARTI : UMNO

JAWATAN DALAM PARTI:

SETIAUSAHA UMNO BAHAGIAN PERMATANG PAUH





CALON PAS

NAMA : MOHD. SALLEH MAN
UMUR : 52 TAHUN
ASAL : PERMATANG SUNGAI DUA, TASEK GELUGOR

PEKERJAAN ;

PENIAGA

PARTI : PAS

JAWATAN DALAM PARTI:

PESURUHJAYA PAS PULAU PINANG


Komen Wira:

HEBAT sungguh kedua-dua calon N.11 Permatang Pasir, boleh dikatakan masing-masing mempunyai KEKUATAN untuk menawan hati pengundi PERMATANG PASIR tapi ada satu PERSOALAN yang Wira nak kemukakan Siapa disebalik Majlis Peguam. Kenapa nak serang isu peribadi calon sedangkan SPR tak kata apa pun...

Wira kemukakan kenyataan akhbar yang menyentuh kepada calon PERMATANG PASIR;-

Sumber: Suara Keadilan keluaran 18-25 Ogos 2009

Akhbar ni bukan sahaja mengatakan bahawa calon BN terlibat dengan kes penipuan anak guaman di firma tempat kerja beliau sebelum ini tetapi turut dikatakan Rohaizat telah disenarai hitamkan oleh Majlis Peguam Malaysia, kata Pengarah Pilihanraya Keadilan saifuddin Nasution. (perenggan ke-2)

Ditambah lagi satu kenyataan yang cukup MENCEMARKAN moral calon BN bila dikatakan oleh Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar bahawa pencalonan Rohaizat merupakan penghinaan kepada pengundi-pengundi Permatang Pasir kerana sewenangnya memilih calon yang nyata tidak mempunyai integriti (perenggan ke-7).

HEBAT sungguh KEMPEN yang mereka lancarkan demi memastikan calon BN tak diterima oleh pengundi Permatang Pasir. Tapi apa tindakan mereka apabila akhbar ini dijawab dengan penuh INTEGRITI?

Sumber: Utusan Malaysia 20 Ogos 2008

Satu analisis berita telah dibuat menyentuh isu calon BN oleh penulis (Noraini Abd Razak) dan satu persoalan Wira kemukakan;

1. Mengapa PAS risau sangat dengan kedudukan calon BN? Jika benar Permatang Pasir kubu PAS gunakan sebaik yang mungkin bertanding dengan cara sihat bukan nak menjatuhkan maruah calon dalam Islam kita ditegah untuk mengaibkan saudara kita sendiri...

Keratan akhbar ini pula dengan berfakta menjelaskan bahawa kedudukan Rohaizat berdasarkan Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan bahawa beliau tidak kehilangan kelayakan bertanding dan masih sah menjadi calon BN.

Dua keadaan yang perlu pengundi Permatang Pasir ketahui mengenai isu calon BN iaitu:-
i. Kelayakan bertanding hanya tertakluk kepada Perlembagaan dan Akta kesalahan Pilihan Raya 1954.
ii. Untuk tindakan tatatertib pengamal undang-undang pula tertakluk kepada Akta Profesion Undang-Undang 1976.

Kesimpulan Wira :

Kedua-dua kes di atas tidak berkaitan dan tidak timbul pun sebarang keraguan dari segi salah laku jenayah kecuali ada sabitan mahkamah dan hukuman yang telah dijatuhkan serta tiada pengampunan diberikan.

Wira MENDOAKAN kesejahteraan dan keamanan kedua-dua calon PERMATANG PASIR kerana kita TETAP BERSAUDARA dan SEAGAMA jauh dilubuk hati untuk kita terus membuka pekung di dada. Takkan kain sebangsa kita nak dilondeh terus sedangkan kain PAKATAN RAKYAT lagi la banyak isu... FIKIRKAN BERSAMA demi KEMERDEKAAN HAKIKI yang selama ini kita KECAPI jangan sekali-kali menjadi KUDA TUNGGANGAN dengan terus menolak saudara seagama demi SAHABAT yang jelas lebih menjurus kepada SURVIVAL POLITIK

Read more...

7 Wasiat RAJA MELAYU

>> Sunday, August 9, 2009

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh (7) wasiat raja-raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.


Wasiat ini telah disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 antaranya:-


  1. Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).

  2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

  3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

  4. Kami kekalkan dan kami jamin kerajan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.

  5. Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.

  6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

  7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi keduduka istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
Komen Wira:

SANGGUPKAH KITA MEMBELAKANGI WASIAT INI YANG MENJADI TUNJANG KEMERDEKAAN YANG KITA KECAPI SEHINGGA HARI INI....INGATLAH PERPADUAN, KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN YANG KITA NIKMATI ADALAH HASIL PERJUANGAN WIRA MALAYSIA.... UNTUK MERUNTUHKAN SATU MAHLIGAI TAK PERLU TUNGGU 100 TAHUN CUKUP SATU HARI TETAPI UNTUK MENGEKALKAN KEAMANAN DAN KEMAKMURAN NEGARA KITA LEBIH MEMERLUKAN 100 TAHUN KERANA USAHA INI SENTIASA BERTERUSAN SEHINGGA GENERASI AKAN DATANG.....HARGAILAH SATU NEGARA (MALAYSIA) YANG KINI AMAT DICEMBURUI OLEH NEGARA LUAR YANG MENYANJUNGI KUASA YAHUDI.....LAUNGKAN SEMANGAT CINTAI MALAYSIA KERANA HANYA INI SAHAJA TANAHAIR KITA..... BERSATULAH DEMI PERPADUAN BANGSA, AGAMA DAN KESEJAHTERAAN NEGARA.

"BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH"



Read more...

Peluang BN Cerah di Permatang Pasir




Satu keajaiban jika diperhatikan seketika senario politik sekitar Permatang Pasir:-

  1. Undi BN bakal meningkat kerana pengundi Permatang Pasir semakin sedar akan tanggungjawab sebagai rakyat MALAYSIA yang bukan sahaja inginkan pembaharuan KEPIMPINAN tetapi turut mengelak daripada terus diGULA-GULAkan oleh PAS mahupun Pakatan Rakyat.
  2. Pengundi MUDA akan bangkit semula memahami AGENDA memperjuangkan NEGARA bukan mengikut HATI yang selalu diMANIPULASIKAN oleh pihak pembangkang...



Read more...

AL-Fatihah - Allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman

>> Wednesday, August 5, 2009




Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman di atas kembalinya ADUN Permatang Pasir ke rahmatullah. Beliau meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur kerana sakit jantung.Adun Pas itu dilaporkan menghembuskan nafas terakhir, kira-kira jam 6.30 pagi tadi. Nampaknya selepas ini, BN dan PAS kena bersedialah dengan PRK Permatang Pasir.Permatang Pasir adalah satu daripada tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Permatang Pauh.


Read more...

Nik Aziz Bila Kata UMNO SESAT

About This Blog

Anwar Demontrasi Jalanan

Karpal Mohon Anwar BerTAUBAT

Lorem Ipsum

Titah Raja-Raja Malaysia - Agama Islam

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP