7 Wasiat RAJA MELAYU

>> Sunday, August 9, 2009

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh (7) wasiat raja-raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.


Wasiat ini telah disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 antaranya:-


  1. Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).

  2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

  3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

  4. Kami kekalkan dan kami jamin kerajan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.

  5. Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.

  6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

  7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi keduduka istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
Komen Wira:

SANGGUPKAH KITA MEMBELAKANGI WASIAT INI YANG MENJADI TUNJANG KEMERDEKAAN YANG KITA KECAPI SEHINGGA HARI INI....INGATLAH PERPADUAN, KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN YANG KITA NIKMATI ADALAH HASIL PERJUANGAN WIRA MALAYSIA.... UNTUK MERUNTUHKAN SATU MAHLIGAI TAK PERLU TUNGGU 100 TAHUN CUKUP SATU HARI TETAPI UNTUK MENGEKALKAN KEAMANAN DAN KEMAKMURAN NEGARA KITA LEBIH MEMERLUKAN 100 TAHUN KERANA USAHA INI SENTIASA BERTERUSAN SEHINGGA GENERASI AKAN DATANG.....HARGAILAH SATU NEGARA (MALAYSIA) YANG KINI AMAT DICEMBURUI OLEH NEGARA LUAR YANG MENYANJUNGI KUASA YAHUDI.....LAUNGKAN SEMANGAT CINTAI MALAYSIA KERANA HANYA INI SAHAJA TANAHAIR KITA..... BERSATULAH DEMI PERPADUAN BANGSA, AGAMA DAN KESEJAHTERAAN NEGARA.

"BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH"



0 comments:

Nik Aziz Bila Kata UMNO SESAT

About This Blog

Anwar Demontrasi Jalanan

Karpal Mohon Anwar BerTAUBAT

Lorem Ipsum

Titah Raja-Raja Malaysia - Agama Islam

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP