Siapa Berhak Ke Atas Kerusi N. 11 Permatang Pasir

>> Wednesday, August 19, 2009

Perlawanan Satu lawan Satu menjadikan kerusi N.11 Permatang Pasir antara kerusi yang hangat di pasaran. Gambar di atas diambil selepas penamaan calon antara calon Pas, Mohd Salleh Man dan calon BN Rohaizat Othman.


Gambar di atas cukup memberi 1000 makna kepada rakyat Malaysia baik penyokong mahupun ahli parti masing-masing. Sejauh mana perlawanan antara dua pihak KITA TETAP BERSAUDARA. Cubit paha kiri, paha kanan pun terasa. Bagai aur dengan tebing. Cukup indah peribahasa Melayu kerana sememangnya kita ORANG MELAYU yang kaya dengan BUDAYA dan SOPAN SANTUN...

Meh kita lihat pula BIODATA calon kedua-dua parti:-

CALON BN

NAMA : ROHAIZAT OTHMAN
UMUR : 38 TAHUN
ASAL : MENGKUANG TITI, PERMATANG PAUH

PEKERJAAN ;

AHLI PERNIAGAAN & PENASIHAT UNDANG-UNDANG SYARIE

PARTI : UMNO

JAWATAN DALAM PARTI:

SETIAUSAHA UMNO BAHAGIAN PERMATANG PAUH





CALON PAS

NAMA : MOHD. SALLEH MAN
UMUR : 52 TAHUN
ASAL : PERMATANG SUNGAI DUA, TASEK GELUGOR

PEKERJAAN ;

PENIAGA

PARTI : PAS

JAWATAN DALAM PARTI:

PESURUHJAYA PAS PULAU PINANG


Komen Wira:

HEBAT sungguh kedua-dua calon N.11 Permatang Pasir, boleh dikatakan masing-masing mempunyai KEKUATAN untuk menawan hati pengundi PERMATANG PASIR tapi ada satu PERSOALAN yang Wira nak kemukakan Siapa disebalik Majlis Peguam. Kenapa nak serang isu peribadi calon sedangkan SPR tak kata apa pun...

Wira kemukakan kenyataan akhbar yang menyentuh kepada calon PERMATANG PASIR;-

Sumber: Suara Keadilan keluaran 18-25 Ogos 2009

Akhbar ni bukan sahaja mengatakan bahawa calon BN terlibat dengan kes penipuan anak guaman di firma tempat kerja beliau sebelum ini tetapi turut dikatakan Rohaizat telah disenarai hitamkan oleh Majlis Peguam Malaysia, kata Pengarah Pilihanraya Keadilan saifuddin Nasution. (perenggan ke-2)

Ditambah lagi satu kenyataan yang cukup MENCEMARKAN moral calon BN bila dikatakan oleh Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar bahawa pencalonan Rohaizat merupakan penghinaan kepada pengundi-pengundi Permatang Pasir kerana sewenangnya memilih calon yang nyata tidak mempunyai integriti (perenggan ke-7).

HEBAT sungguh KEMPEN yang mereka lancarkan demi memastikan calon BN tak diterima oleh pengundi Permatang Pasir. Tapi apa tindakan mereka apabila akhbar ini dijawab dengan penuh INTEGRITI?

Sumber: Utusan Malaysia 20 Ogos 2008

Satu analisis berita telah dibuat menyentuh isu calon BN oleh penulis (Noraini Abd Razak) dan satu persoalan Wira kemukakan;

1. Mengapa PAS risau sangat dengan kedudukan calon BN? Jika benar Permatang Pasir kubu PAS gunakan sebaik yang mungkin bertanding dengan cara sihat bukan nak menjatuhkan maruah calon dalam Islam kita ditegah untuk mengaibkan saudara kita sendiri...

Keratan akhbar ini pula dengan berfakta menjelaskan bahawa kedudukan Rohaizat berdasarkan Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan bahawa beliau tidak kehilangan kelayakan bertanding dan masih sah menjadi calon BN.

Dua keadaan yang perlu pengundi Permatang Pasir ketahui mengenai isu calon BN iaitu:-
i. Kelayakan bertanding hanya tertakluk kepada Perlembagaan dan Akta kesalahan Pilihan Raya 1954.
ii. Untuk tindakan tatatertib pengamal undang-undang pula tertakluk kepada Akta Profesion Undang-Undang 1976.

Kesimpulan Wira :

Kedua-dua kes di atas tidak berkaitan dan tidak timbul pun sebarang keraguan dari segi salah laku jenayah kecuali ada sabitan mahkamah dan hukuman yang telah dijatuhkan serta tiada pengampunan diberikan.

Wira MENDOAKAN kesejahteraan dan keamanan kedua-dua calon PERMATANG PASIR kerana kita TETAP BERSAUDARA dan SEAGAMA jauh dilubuk hati untuk kita terus membuka pekung di dada. Takkan kain sebangsa kita nak dilondeh terus sedangkan kain PAKATAN RAKYAT lagi la banyak isu... FIKIRKAN BERSAMA demi KEMERDEKAAN HAKIKI yang selama ini kita KECAPI jangan sekali-kali menjadi KUDA TUNGGANGAN dengan terus menolak saudara seagama demi SAHABAT yang jelas lebih menjurus kepada SURVIVAL POLITIK

0 comments:

Nik Aziz Bila Kata UMNO SESAT

About This Blog

Anwar Demontrasi Jalanan

Karpal Mohon Anwar BerTAUBAT

Lorem Ipsum

Titah Raja-Raja Malaysia - Agama Islam

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP